Any menu items, particularly pointing to pages off-site, go here

March 2010
M T W T F S S
« Apr    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

April 11, 2009

Makhluk Allah yang bergelar kuman….

Bagi kami yang berkerja di makmal menggelarnya sebagai mikrob..Ciptaan Allah yang paling unik dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar…mungkin sebelum adanya penemuan sains manusia menggelarnya sebagai ‘makhluk halus’ atau lain-lain istilah mistik. sebagai contoh jika terkena demam panas atau apa2 jenis penyakit yang lain ..orang yang dijangkiti akan menunujukkan simptom-simptom yang pelik seperti kekejangan dan sebagainya..pastinya sebelum hospital mudah didapti dimana-mana…bomoh dan tukang tilik akan dipanggil untuk mengubati pesakit berkenaan…Setelah munculnya penemuan sains..barulah fenomena-fenomena ini dapat dijelaskan

Minggu lepas saya mendapat jangkitan yang teruk dari tempat kerja.Bermula dengan keadaan badan yang memang sedang tidak sihat memang agak mudah untuk dijangkiti pada ketika keadaan immuniti badan sedang lemah. Kebetulan saya sedang memantau staf yang mengkulturkan bakteria bagi tujuan QA . Sebagai akibatnya kami berdua mendapat jangkitan tekak yang teruk.(severe sore throats). sebagai pengenalan disini saya sertakan sedikit info berkenaan dgn jangkitan tersebut yang dipetik dari wikipedia


(bentuk mikrorganisma ini seolah-olah menyerupai ‘chinese character’)

Corynebacterium diphtheriae is a pathogenic bacterium that causes diphtheria
Signs and symptoms

The respiratory form has an incubation period of 2–5 days. The onset of disease is usually gradual. Symptoms include fatigue, fever, a mild sore throat and problems swallowing. Children infected have symptoms that include nausea, vomiting, chills, and a high fever, although some do not show symptoms until the infection has progressed further. In 10% of cases, patients experience neck swelling, informally referred to as “bull neck.” These cases are associated with a higher risk of death.

In addition to symptoms at the site of infection (sore throat), the patient may experience more generalized symptoms, such as listlessness, pallor, and fast heart rate. These symptoms are caused by the toxin released by the bacterium. Low blood pressure may develop in these patients. Longer-term effects of the diphtheria toxin include cardiomyopathy and peripheral neuropathy (sensory type).[6]

The cutaneous form of diphtheria is often a secondary infection of a preexisting skin disease. Signs of cutaneous diphtheria infection develop an average of seven days after the appearance of the primary skin disease.

Treatment
Antibiotics have not been demonstrated to affect healing of local infection in diphtheria patients treated with antitoxin. Antibiotics are used in patients or carriers to eradicate C. diphtheriae and prevent its transmission to others. The CDC recommends[7] either:

* Erythromycin (orally or by injection) for 14 days (40 mg/kg per day with a maximum of 2 g/d), or
* Procaine penicillin G given intramuscularly for 14 days (300,000 U/d for patients weighing <10 kg and 600,000 U/d for those weighing >10 kg). Patients with allergies to penicillin G or erythromycin can use rifampin or clindamycin.

Aduh…saya sedang berlatih untuk menulis…….

Filed under: microb by Ummu Fatihah at 12:35 pm

April 10, 2009

Lama sungguh……

Dari sehari kesehari laman ini seakin terabai..ibarat sebidang tanah yang dibiarkan penuh semak samun dan lalang..padahal sepatutnya dimanfaatkan denagn pelabagai tanaman yang jika dijaga dan dibaja akan terus hidup subur dan dapat dituai hasilnya…. Allahuakbar..Demi masa .sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian

Filed under: Keluarga by Ummu Fatihah at 11:14 pm

October 28, 2008

Anakku belajar solat

Firman Allah : “Wa aqimisolah,innasolata tanha anil fahsha i wal mungkar,wa lazikrullahi akbar,wallahu ya’lamuma tasnau’n”

“Dan dirikanlah solat,sesungguhnya solat itu mencegah dari angkara keji dan perbuatan durjana,dan sesungguhnya mengingati Allah itu adalah lebih besar faedahnya,dan ingatlah Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”
surah al Angkabut ayat 45

Wahai anakku…

Seawal-awal perkara yang dihisab ke atas hamba pada hari kiamat ialah solat.Maka sekiranya ianya elok,nescaya eloklah lain-lain amalannya(yakni diterima Allah),dan sekiranya ianya rosak maka ditolaklah amalannya yang lain….

Filed under: Keluarga by Ummu Fatihah at 7:19 am

October 13, 2008

“Open House”

Saya masih tercari-cari rentak untuk menulis…agar laman yang sedia ada ini tidak rugi terbiar…. setidak-tidaknya saya ada ruang untuk berkongsi sesuatu dengan sesiapa yang sudi menjengah ke ‘villa’ saya yang tidak seberapa ini….. sebagai permulaan … saya mulakan dengan tpik-topik yang ringan …. ‘warming up’ untuk jari jemari saya yg agak keras untuk menzahirkan apa yang terlintas di fikiran saya… :)

Ahad yang lepas…… walaupun dalam keadaan badan yg kurang sihat… kami sekeluarga memang sedia maklum bakal menerima kunjungan ziarah raya dari keluarga bekas pengasuh Fatihah di Cheras yang sudah kami anggap seperti keluarga…. 3 tahun berada di cheras… merekalah tempat saya ‘menumpang bahu’ jika ada apa-apa kesulitan… anak sakit…pergi hospital walau dalam keadaan apa sekalipun…. suami outstation…merekalah yg ambil tahu keadaan kami anak beranak.. sesungguhnya Allah sahajalah yg mampu membalas jasa kalian…..saya belum pernah mempunyai jiran sebaik mereka…. Walaupun kami sudah berpindah ke sg buluh…. tali silaturrahim antara kami masih tersimpul erat… penghubungnya??? sudah tentu lah Fatihah..yang sudah mereka anggap seperti anak mereka sendiri….

Kunjungan mereka ke rumah kami ..secara tidak langsung menjadikan rumah kami sebagai “open house” pada hari tersebut…. Oleh kerana kami menyediakan makanan dalam kuantiti yang lebih…jadi saya dan suami mengambil keputusan utk menjemput beberapa orang lagi kenalan rapat ….. maka sms jemputan pun dihantar… reply dari sms…:” buat open house ke?” “ramai ke yg dtg?” saya dan suami sekadar berbalas pandangan…..
“dah trend sekarang… bila ada org jemput… kira open house la tu”
“tak kisahla bang ajak je la mana yg mampu kita jamu” saya membalas pendek..
Sahabat-sahabat yang sampai kemudian pula akan bertanya
“dari pukul berapa start open house ni……dah ramai la ya yg datang?….”
Allah hai…saya nak menjawab pun serba salah sebab memang kami tak jemput ramai…

Tapi jauh di dalam hati saya….saya sangat gembira dengan kunjungan sahabat-sahabat ke rumah .Cuma agak terbatas dari segi kemampuan untuk menerima tetamu yang ramai dalam tempoh masa yang serentak… bahkan bagi saya,tetamu dapat diberi perhatian sepenuhnya jika kunjungan mereka beberapa orang atau beberapa keluarga sahaja dalam suatu masa…

Walau apapun..yang perlu diambil perhatian ialah buadaya “open house” yang semakin menular dalam masyarakat kita… seolah-olah kalau tak buat “open house” kita jadi segan untuk berkunjung ziarah… padahal…. tujuan utama hari raya ialah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim… (peringatan untuk diri sendiri sebenarnya) malah sudah ada yang sampai ke tahap… ada jiran-jiran yang ingin datang beraya ke rumah…tiba-tiba tuan rumah nya cakap “eh saya tak buat open house pun!” (cerita ini dengar di radio je ni ..tak tahu betul ke tak..)..MasyaAllah…. ada tak perkara ni jadi kat tempat anda? Tempat saya.??.. saya belum pasti… kerana masih belum berkesempatan untuk datang menjengah muka.. maklumlah kami sekeluarga masih baru di sini…..

Saya masih terkenangkan keikhlasan dan kemeriahan berhari raya di zaman saya masih kanak-kanakdahulu……………………..

Filed under: Keluarga by Ummu Fatihah at 12:04 pm

October 8, 2008

Ramadhan & Syawal 1429

Sudah terlalu lama saya tidak mengemaskini blog hadiah ulangtahun dari suami saya.. waktu semakin pantas berlalu..satu demi satu peristiwa silih berganti mewarnai kehidupan yang sekadar persinggahan ini… Ramadhan dan syawal baru sahaja berlalu… ramdahanku… yg mana peluang merebut ganjaran Allah yg terlalu bnyk diersiakan…. Sibuk dgn persiapan menyambut syawal dan mencari rezeki tambahan…Ya Allah ampnkan diriku….Engkau yang maha mengetahi apa yg terlintas di hati hamba-Mu.

"tahun ke empat kami beraya sebagai suami-isteri"

Walaubagaimanapun hari raya tahun ini kami sekeluarga menyambutnya dengan penuh sederhana tapi cukup meriah…gembira dapat berkumpul dgn sanak sudara… bukannya selalu dapat berjumpa… kesempatan bertemu yg ada dimanfaatkan sepenuhnya utk bertanya khabar… dan yang penting kehadiran ‘ahli2’ baru dalam keluarga perlu di ‘update’ selalu….. sama ada yg baru berkahwin atau kelahiran2 baru dlm keluraga… meriah dan puas…itu yg dapat saya gambarkan utk hari raya tahun ini..tambahan pula kami menyambutnya di dalam suasana yg baru dan tempat yg baru sejak berpindah ke sg buluh 4 bulan yg lepas… Kepada saudara mara yg sudi bertandang ke rumah kami… syukran jazilan kami ucapkan kerana sudi ‘mengurangkan dosa’ di rumah kami … kami amat berbesar hati menerima tetamu .. Cuma hidangan nya tidaklah semewah mana..…

"masih lagi bertiga...."

Saya agak terkilan kerana tidak dapat menziarahi pusara ayah saya pada kali ini…dengan cuti yang terhad dan program beraya tiba-tiba terasa sebak dan sayu terkenangkan arwah ayah…Masih segar dalam ingatan ingatn saya sambutan syawal ketika arwah masih ada…mak tak kering tangan melayan tetamu…saudara mara…jiran tetangga ,anak2 murid ayah…rumah kami sentiasa dikunjungi sehingga lewat malam..adakalanya kami tersandar keletihan kerana dah tak larat nak basuh pinggan…Arwah ayah saya cukup suka bila org datang kerumah…biar penat macam mana pun…’berkat jamu org mkn2 ni’ katanya…satu pelajran yg terpahat dlm ingatan saya hingga sekarang…tapi sejak ayah meninggal…bilangan tetamu semakin berkurangan…terasa terkesannya dgn pemergian ayah…

Pada tahun ini hari raya pertama saya di rumah mertua saya yang jauhnya Cuma ‘sepelaung’ sahaja dari rumah saya di kampong…keistimewaan utk org2 y berkahwin sekampung…boleh berada di dua tempat dalam satu hari. .sedar tak sedar ..rupanya tahun ini merupakan tahun ke 4 saya berhari raya sebagai seorang isteri…. Bila memandang wajah suami… terasa seperti baru setahun kita melayari segala suka duka kehidupan berumahtangga bersama… terima kasih kerana bersabar dan semoga akan terus bersabar dengan pelbagai dugaan dan karenah…. Terima kasih yaAllah kerana Engkau telah menyuburkan rasa kasih dan sayang..mawaddah warahmah diantara kami… dan mudah-mudahan cinta yg lahir tulus untuk mencari keredhaan Mu

"bersama keluarga mertua"

Buat anakanda yang dikasihi….semoga menjadi anak yang solehah…yang menghormati org tua dan berbakti pada agama… ayah dan ummi sentiasa mendoakan agar fatihah dapat menjadi contoh untuk bakal adik2 fatihah nanti…

"permata hati ummi"
Filed under: Keluarga by Ummu Fatihah at 6:52 pm

September 7, 2008

Menu berbuka puasa…..

Filed under: Keluarga by Ummu Fatihah at 9:58 am

August 12, 2008

My Birthday…..

Setahun lagi waktu melangkah mendekati saat kematian…….

Filed under: Keluarga by Ummu Fatihah at 1:30 pm

May 19, 2008

Walimah ex classmate

Tahniah Dr Summaya Shaarom dan pasangan Dr Iqbal….
Semoga rumahtangga yag dibina sentiasa mendapat ketenangan dan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat…

(Dr sumayya @ usu - classmate form4&5 di Kolej Islam Sultan Alam Shah)

Filed under: Keluarga by Ummu Fatihah at 9:02 pm

May 7, 2008

Satu wajah…seribu perasaan….

Filed under: Keluarga by Ummu Fatihah at 9:18 pm

December 29, 2007

Anakku semakin dewasa

   

    Saya sebenar semakin runsing memikirkan fatihah yg mudah demam,bulan ini saja 2 kali dia diserang demam panas yang teruk.Selepas 2 kali pengalaman fatihah diserang sawan tarik,saya semakin serik…cukuplah..tak sanggup lagi saya melaluinya.biarpun langsung tak dapat melelapkan mata terutamanya pada waktu malam yang kebiasaannya panas badannya susah untuk turun…demi  sayang umi..:)…….


(fatihah ketika demam beberapa hari yang lepas)

Terbaru..selepas pulih dari demam..semakin jelas perkataan ummi keluar dari mulut kecil fatihah..yang sudah lama saya nantikan…perkataan yang agak lewat utk dia pelajari walaupun fatihah sudah mampu menghafal lagu ‘Taqwa’ nyanyian opick dan juga beberapa nasyid serta lagu kanak2 yg lain biarpun dengan agak pelat.Semoga anak ummi bakal menjadi anak dan mukminah yang solehah

Filed under: Keluarga by Ummu Fatihah at 3:12 am
Next Page »
Powered by: WordPress • Tulip deisgn by Lilac Pixels • Based on Simple-Green by: Priss • Background and Divider based on graphics from Squidfingers • Other graphics modified from Microsoft Clipart